Thursday 24 July 2008

Impian@dreams....


Impian..
Adakah impian itu mimpian semata-mata?....Apabila terpandang sahaja perkataan Impian,terlantas dalam fikiran saya akan satu rancangan televisyen kesukaan seisi keluarga saya yang amat popular pada masa beberapa tahun lalu,iaitu rancangan "Casa Impian".
"Casa Impian" merupakan satu rancangan tv yang memaparkan idea dan tutorial dalam men"decorate"kan tempat tinggal anda.Dalam rancangan tersebut,hanya individu yang betul-betul bertuah sahaja akan dipilih kerana segala kos dan tanggungan pengubahsuaian akan ditaja dan ditanggung seratus peratus oleh pihak pengurusan.Ruang yang major seperti ruang tamu,bilik,dapur akan diubahsuaikan mengikut impian dan citarasa anda.Ramai yang ingin menjadi salah seorang daripada individu yang bertuah rancangan tersebut dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan kru kasa impian tersebut,haha.Secara tidak langsung,rancangan tersebut memberikan inspirasi kepada saya bahawa untuk mengecapi impian dan mendapatkan sesuatu kadang-kala memerlukan "luck" juga.
Definisi impian kepada saya tidaklah begitu menyeluruh sekali,untuk saya, impian itu cuma merupakan kenyataan yang tidak mungkin termaktub ataupun tertunai dalam hidup saya,impian tersebut setakat memainkan peranan dalam memberi sokongan moral dalam kehidupan saya.Mungkin kerana impian saya tidak sesekali pun pernah terkabul.Saya percayai bahawa ramai yang mempunyai impiannya yang tersendiri.Tetapi tidak ramai yang berjaya menjadikan impian itu realiti.Tapi adakah impian itu boleh menolak kita ke depan?? ataupun impian itu kompas yang penting dalam kehidupan harian kita?.."Tanpa impian,kita tak kemana-mana".....??
Seperti manusia yang lain,saya mempunyai impian saya juga.Impian saya begitu ringkas,dan saya tidak pernah pun berfikir untuk menjadi seorang jutawan yang kaya-raya ataupun memiliki harta dan kekayaan yang melambak dan sebagainya.Sejak kecil lagi saya bertegas dan berhasrat untuk menjadi seorang..........XXXXX...saya mengategorikan cita-cita tersebut sebagai impian saya...mungkin tidak ramai yang mengetahuinya....
Walaopun saya pernah berkobar-kobar dan bertungkus-lumus memburunya,Tetapi ia tetap menjadi satu agenda "berangan-angan"........Dan saya tidak pernah berasa kesal kerana memilih impian tersebut sebagai "impian"....


1 comment:

Law@wnoS ( MH08061) said...

This is an article in malay language from a forum csw who talk about dreams. The writer said that when he saw the word "dream", the first thing that come to his mind is a TV programme name "Casa Impian". This TV show is all about the decoration of house for some lucky families because the expenses of decoration is FOC!

Besides, the writer said that dream become a moral supporter in his life. In his conclusion, "Without dream, without direction of life!" He never give up to achieve his dream.